Sunday 2 October 2011

Dua insan


Bila kau senyum , ku gembira
Bila kau sedih , ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

Di mana sahaja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta anda ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh sayang
Hanya kuasa tuhan dapat memisahkan

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Wednesday 24 August 2011

awak ;(


    • Awak , saya nak tanya sesuatu ni . Saya harap awak tak marah saya . Saya nak tanya , awak sayang saya tak ? Kalau saya mati , awak sedih tak ? Kalau saya pergi dari hidup awak , awak nangis tak ? Kalau saya bunuh diri , awak marah saya tak ? Kalau saya mati , awak akan mandikan jenazah saya tak ? Awak , kalau saya mati , nak ke awak datang melawat kubur saya ? Awak tahu kenapa saya tanya awak ? Sebab saya nak awak tahu , saya sanggup buat semua tuu kalau awak pergi meninggalkan saya .


Monday 22 August 2011

kehadiran seseorang dalam hidup




andainya lelaki tahu
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

andainya lelaki tahu
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki  itu

andainya lelaki tahu
apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaanya
tapi percayalah , itulah maknanye
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu

lihat saja pasangan yang baru bercinta
mereka jarang bergaduh
tapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku

Andainya lelaki tahu
apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat

andainya lelaki tahu
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tapi dia mahu menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya
tapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu
bila perempuan cemburu dan tidak percaya anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
dan masih memerluka sepenuh perhatian

kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
anda akan mengkhianati kepercayaan diberi
naluri keibuannye sangat kuat
dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda

andai lelaki tahu
apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
dia bukannya mahu pujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen
tapi cukup dengan perhatian
yang boleh perempuan rasa dihargai

andai lelaki tahu
apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU'
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata-kata
tapi juga melalui bahasa tubuhnya

andai lelaki tahu
apabila perempuan kata dia rindu sama kamu
dia benar-benar maksudkannya
apabila berjauhan
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata

andai lelaki tahu
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu
dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya
walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya

selagi dia dengan kamu , percayalah
walaupn perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya .
kamu tetap yang terbaik

andai lelaki tahu
apabila perempuan jadi degil
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tetapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya

percayalah , hati perempuan itu sangat lembut
andai kena caranya
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya
dalam masa sesaat

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata
"tolong tinggalkan saya!"
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya
dia hanya mahu menenang fikirannya sebentar sahaja

apabila dia kembali tenang
percayalah dia akan cari anda semula
itu tandanya dia benar menyintai anda
perempuan sukar untuk mengawal perasaan
dia terlalu emosional
tapi dia lah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda

andai lelaki tahu
sememangnya ALLAH mencipta lelaki dan perempuan itu
dengan perbezannya tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan

perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali
disebalik air matanya
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasakan selamat bersamanya

biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan sendiri
yang bisa mengoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat menjadi lemah kerananya

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya , isteri juga , ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda


;))